Monday, January 28, 2013

~ isi hati...







assalammualaikum... >,<


fuuuu...rsenye mcm dh berabad xupdate my cutie blog ni kan..
entri ni adalah entri terbaru bagi tahun 2013..


alhamdulillah i masih setia berbloging ;p


 ade 2 ucapan yg nak disampaikan:

1. selamat tahun baru korg!!


&

 
2. salam maulidur rasul ... ;)



seriously 'Maulidur Rasul' kali membukakan mata aku akn kealpaan diri ini utk sentiasa berselawat ke atas junjungan tinggi Nabi Muhammad SAW...
astagfirullah'halazim... 


jadi mulai saat ini aku bentuk diri aku utk lebih kerap berselawat ke atas Nabi..in sya Allah... ;)



sesungguhnya dengan keseronokkan duniawi membuatkan aku alpa..


tapi aku bersyukur kerana dibukakan hati dgn  menyedari kesilapan aku tu...


siapa xnak jadi yg lebih baik kan.. ;)



kali ni aku nk share sedikit sebanyak sifat Mulia Rasulullah saw..



  • Paling penyabar
  • Tidak sombong
  • Tawaduk dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
  • Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
  • Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
  • Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
  • Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
  • Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
  • Baginda tidak memakan harta sedekah.
  • Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
  • Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
  • Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
  • Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
  • Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Menyukai kebersihan dan bau-bauan
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Mengunjungi orang susah dan sakit
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Pembela golongan lemah dan wanita
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Suka menasihati dan member tunjuk ajar
  • Berbuat baik dengan golongan bangsawan
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
  • Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
  • Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Dan banyak lagi.


sesungguhnya Baginda sungguh Mulia..


Love Rasulullah saw 




AF!!  
 


  


    

No comments:

Post a Comment